Tuesday, February 23, 2010

Pendatang Asing - Antara Masalah dan Penyelesaian

Menurut pakar-pakar ekonomi dunia terdapat 5 faktor yang merupakan teras penjanaan ekonomi- EGOIN- Entreprenurship (Keusahawanan), Government Spending (Perbelanjaan Kerajaan), Ordinary Labour (Tenaga Buruh), Investment (Pelaburan Asing) dan Natural Resources (Sumber Alam Semulajadi).

1) Perbelanjaan Kerajaan (Government Spending)

Kerajaan perlu mencari dana yang banyak untuk memulihkan ekonomi negara. Kejayaan mencari dana yang besar bagi menggiatkan pelbagai projek pembangunan dalam negeri akan merancakkan ekonomi negara. Sebahagian besar daripada projek pembangunan negara akan mengundang keperluan buruh asing terutamanya dalam bidang pembinaan.

2) Keusahawanan (Enterprenuership)

Usahawan adalah tunggak pergerakan ekonomi dalam negara. Ramai usahawan mendapat manafaat dengan kehadiran pendatang asing di Malaysia. Pendatang asing yang tinggal di Malaysia sudah tentu mempunyai keperluan seperti makan minum dan pakaian. Perbelanjaan mereka yang berasal dari titik peluh mereka sudah tentu memberikan sumbangan kepada ekonomi negara. Tidak dinafikan juga banyak usahawan yang bergantung kepada tenaga buruh pendatang asing. Ramai juga usahawan terpaksa tutup kedai jika ketiadaan buruh asing untuk mengusahakan perniagaan mereka.

3) Pelaburan Asing (Foreign and Local Investment)

Kebanyakan pelabur asing melabur di Malaysia suatu ketika dahulu adalah kerana kos operasi yang rendah disamping faktor lain seperti kestabilan ekonomi dan insentif kerajaan. Oleh kerana buruh tempatan sekarang sudah mempunyai tahap ekonomi yang tinggi, mereka tidak lagi berminat dengan kerja-kerja yang bersosio ekonomi rendah. Akibatnya peluang ini diambil oleh buruh asing yang diimpot daripada Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan sebagainya. Kebanyakan industri yang dilaburkan mereka adalah intensif buruh (labor intensive). Sekiranya kos menggunakan buruh asing juga tinggi akibat kos pengambilan yang tinggi dan levi yang tinggi, pelabur asing akan berbondong-bondong memindakan operasi lansung ke negara sumber buruh asing seperti Vietnam, Indonesia, Thailand, Myanmar dan sebagainya.

4) Buruh (Ordinary Labor)

Tenaga buruh tidak kira tempatan ataupun asing menyumbangkan nilai kepada pembangunan ekonomi negara. Tenaga buruh asing tidak semestinya akan menggantikan fungsi tenaga buruh tempatan kerana tenaga buruh tempatan akan menjadi tenaga buruh nilai tinggi. Kehadiran tenaga buruh asing akan membolehkan tenaga buruh tempatan dinaik taraf kepada peringkat eksekutif atau pengurusan dan juga keusahawanan. Kehadiran tenaga buruh asing menggambarkan ekonomi memerlukan keperluan buruh yang tinggi untuk pembangunan industri. Negara-negara maju juga menggunakan tenaga buruh asing untuk kerja-kerja bersosio ekonomi rendah,, mereka juga tidak menggunakan tenaga buruh tempatan untuk kerja-kerja berat, kotor dan bahaya. Tenaga buruh mereka akan dinaik taraf kepada bidang berinovasi dan kreatif.


5) Alam Semulajadi (Natural Resources)

Malaysia mempunyai banyak kelebihan dengan sumber alam semulajadi. Mengeluarkan hasil alam semulajadi seperti pertanian sawit dan makanan memerlukan sumber tenaga buruh yang intensif. Rakyat Malaysia sebagai pemilik tanah akan berupaya menjadi usahawan tani yang berjaya sekiranya sumber buruh asing mudah diperolehi. Tanah tanah terbiar akan mudah diusahakan untuk mendatangkan hasil yang lumayan daripada permintaan dalam negeri dan luar negeri . Sementara itu usahawan yang lebih kreatif akan meneroka industri hiliran (downsteam) untuk menghasilkah pelbagai produk hasil tani untuk pasaran tempatan dan eksport.

Kesimpulannya, kehadiran pendatang asing adalah suatu manafaat jika ianya diuruskan dengan baik. Pengurusan secara birokratik dan korup akan merugikan negara. Kita perlu mencontohi negara maju seperti Amerika, Korea, Sigapura dan sebagainya menguruskan sumber tenaga asing.

No comments: