Sunday, November 4, 2007

Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON)

Negara kita ingin bersaing di pentas antarabangsa dengan membuat kereta sendiri. Tahniah kepada pemimpin kita yang mampu mendirikan kilang kereta di tanah air. Akhirnya Proton memacu suatu teras ekonomi negara kita.
Kejayaan Proton pada asalnya kerana perlindungan kerajaan, tapi akhirnya rakyat agak kecewa apabila kereta di negara luar jauh lebih murah. Akhirnya kita terpaksa akur dengan aliran pasaran bebas dan globalisasi. Persoalan saya:
1) Bagaimana kita ingin bersaing dari segi harga sedangkan kita tidak mempunyai pasaran yang luas yang membolehkan Proton mendapat economies of scale. Mampukan kita bersaing dengan populasi Malaysia semata-mata. Bagaimana kita ingin bersaing dengan Korea yang menembusi pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.
2) Mengapa model-model seperti Juara terlancar? Adakah suatu kajian pasaran dilakukan dengan sempurna atau ia keputusan segelintir pengurusan atasan?
3) Mengapa model kecil seperti Savvy dikeluarkan sedangkan ia bersaing dengan Perodua yang juga merupakan kereta nasional. Mampukan kita berkongsi pasaran kita yang sudah terhad? Mengapakan proton tidak mengeluarkan model kereta kompak atau MPV yang merupakan kegemaran rakyat Malaysia yang ramai anak.

Sistem Pendidikan Kita

Saya perlu penjelasan bagi perkara-perkara berikut:
1) Mengapa kita mesti memaksa keputusan yang bagus bagi semua mata pelajaran, sedangkan manusia dicipta dengan pelbagai kecenderungan dan minat berbeza mengikut bakal kerjaya mereka.

2) Kita selalu berdoa - ya Allah, kurniakan kami ilmu yang bermanafaat. Adakah ilmu-ilmu yang kita pelajari itu dapat dimanafaatkan di dunia dan akhirat? Saya yakin 90% ilmu yang dipelajarai sekadar pengasah minta, kalau tidak pastilah negara kita sudah mampu melahirkan produk-produk yang kreatif.

3) Jika ilmu yang kita pelajari ilmu bermanafaat, mengapa graduan-graduan kita mengangur dan tidak kreatif? Adakah kita sekadar mengejar sijil dan ijazah, bukannya kemahiran?

4) Ilmu Islam, Al-Quran dan Bahasa Arab adalah ilmu dunia dan akhirat dan pembentuk akhlak. Mengapa tidak dipentingkan?

Saturday, September 8, 2007

E Perolehan

1) Kenapa sistem e Perolehan tidak di naiktaraf menjadi user friendly?

2) Gadget yang dipakai oleh eperolehan seperti Smart Card dan card reader selalu cepat rosak dan hang up. Kenapa tidak di guna pakai sistem seperti Maybank2U memerlukan username dan password sahaja?


Sepatutnya eperolehan menyenangkan pelanggan dan pelanggan sepatutnya bangga dengan sistem tersebut.

FOMEMA

FOMEMA telah dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk menguruskan hal-hal medikal check-up Pekerja Asing, mesti ada alasan dan nilai tambah yang menguntungkan kerajaan daripada perkhidmatan FOMEMA tersebut. Namun saya kurang jelas tentang fungsi FOMEMA dan nilai tambah mereka. Setahu saya kita majikan terpaksa membayar FOMEMA bagi setiap pekerja yang masuk ke Malaysia. FOMEMA untung berjuta ringgit tapi saya masih kabur dengan fungsi FOMEMA:
1) Mengapa doktor-doktor di Malaysia perlu lagi dipantau oleh suatu badan yang lain? Apakah profesionalisma doktor2 Malaysia dipertikaikan?
2) Apakah cost breakdown yang dibayar oleh majikan kepada FOMEMA bagi setiap pekerja. Sebab kos medikal yang dibuat tanpa melalui FOMEMA sekitar RM120 sahaja atau kurang.
3) Pekerja di x-ray 2 kali sebelum masuk Malaysia dan selepas masuk Malaysia. Pekerja yang didapati mengandung juga di x-ray. Tahukah pihak FOMEMA banyak pekerja yang dihantar pulang ke Negara asal kerana gagal FOMEMA kerana mengandung mengalami kecacatan anak?
4) Mengapa FOMEMA tidak mempunyai pejabat di luar negara untuk memantau medikal checkup di Negara Asal. Majikan terpaksa menanggung kos penghantaran balik apabila medikal tidak dilakukan dengan sempurna di negara asal.
5) FOMEMA dikaitkan dengan sistem IT berintegrasi dengan Imigresen. Kenapa Website FOMEMA adalah hanya template percuma yang boleh didapati di free sites gadget? Mengapa tidak ada kaedah pembayaran yang menyenangkan majikan dengan pembayaran cash atau credit card?. Mengapa kita perlu beratur lagi untuk membuat bank draft atau wang pos?
6) Kenapa "This site is still under construction.This site will be ready soon" untuk bahagian pre-register. Soon telah melebihi setahun?
7) Mengapa pekerja yang mengalami sakit minor yang tidak menjejaskan kerja dan tidak berjangkit juga perlu dihantar pulang.

Jabatan Imigresen Malaysia

Saya perlukan penjelasan daripada tentang prosedur Imigresen di Negara kita. Pernahkan kita membandingkan dengan prosedur di negara yang lebih maju sikit?

1) Kenapa tidak dilakukan pemutihan dengan legalise pendatang haram yang mempunyai majikan? Bukankah ini menguntungkan negara dari segi tenaga kerja dan ekonomi. Kenapa bila pemutihan bermakna menghantar pulang sahaja?

2) Kenapa medikal check up perlu buat 2 kali, di negara asal dan di Malaysia? Bukankah banyak sel darah putih pekerja yang mati semasa x-ray. Megapa tidak FOMEMA dilantik untuk mengawal Medikal diluar negara jika sedangkan FOMEMA dilantik untuk memantau doktor-doktor di Malaysia.

Jabatan Kerja Raya

Ada beberapa perkara yang saya inginkan penjelasan daripada Jabatan Kerja Raya:
1) Kenapa projek-projek baru tidak dirancangkan dengan persimpangan bunga lawang. Persimpangan sebegini walaupun memerlukan kawasan yang sedikit luas, ia melancarkan perjalanan kenderaan tanpa memerlukan traffic light. Contohnya persimpangan di depan Kompleks PKNS, antara Federal Highway ke Pusat Bandar Shah Alam, tidak ada jem kat kawasan itu, berbanding persimpangan depan Istana tidak jauh dari situ yang selalu sesak.
2) Bila watu tengah malam kita melalui traffic light terpaksa membazir masa tunggu beberapa lama hantu melintas. Nak langgar lampu merah takut di tahan polis. Polis pun satu hal tak ada kerja lain ke yang lebih bermanafaat daripada mengintip traffic light ditengah malam tu. Kenapa tidak disetkan lampu kuning berkelip sahaja?
3) Kat depan Jaya Jusco Klang kenapa tak dibuat U turn untuk melancarkan aliran trafik. Bila balik kerja jem teruk, kesian kat polis. Kalau alasan bahaya, takkan engineer kita tak boleh design cara yang selamat?

Thursday, September 6, 2007

Kisah Aku Dibaham Harimau

Ini adalah kisah benar yang menimpa diriku. Harimau yang aku maksudkan itu bukan harimau betul tapi sebuah bank yang berlogokan kepala harimau.
Begini, kira-kira bulan April 2003 ketika aku bertugas di sebuah syarikat Komputer milik kawanku, seorang pelanggan yang menggelarkan dirinya En Aziz telah menghubungi Eksekutif Jualan kami untuk membuat tempahan CD yang banyak 900,000 unit. Katanya dia mendapat nombor melalui iklan kami dimuka depan Harakah. Dengar macam tak logik, aku was-was juga sebab memang banyak businessman yang bercakap besar sebegitu tapi biasanya tak jadi. Dari segi modal tak jadi masalah sebab En Aziz boleh mendahulukan wang.
Kerani aku minta nombor akuan Maybank untuk urusan untuk mempercepatkan tunai cek ke dalam akaun kami. Oleh kerana untuk buka akaun Maybank makan masa begitu juga pengeluarannya, pihak pengarah syarikat telah membenarkan kami menggunakan akaun persendirian dan akan terus di pindahkan kedalam syarikat. 3 akaun telah digunakan termasuk akaun pengarah dan isterinya. Memang betul, ada wang yang dimasukkan tetapi float, aku masih was-was, tunggu clear....kata kami, benar selepas beberapa hari wang tersebut telah ditunaikan ke dalam akaun kami, masing-masing dalam RM20 ribu jadi semuanya dalam RM60 ribu.
Wah...hebat business ini, kami semua tergamam, belum pernah ada pelanggan sebaik ini. En Aziz memang berperwatakan alim dalam bercakap dan katanya beliau dari sebuah parti politik. Lantas cepat-cepat barang yang diminta kami tempahkan. Terdapat duit baki untuk diserahkan kepada subkontraktor yang akan menguruskan urusan CD burning dan CD printing. Di memberikan nombor akaun untuk dimasukkan kepada kontraktor tersebut. Jadi bahagian pesanan untuk kami adalah sedikit kerana untuk membekalkan sarung CD sahaja.
Setelah bertimbun barang dipesan dikedai kami, En Aziz tidak muncul untuk mengambil barangan tersebut. Untuk mengetahui siapa yang membuat tempahan tersebut, saya telah menghubungi pihak Maybank dan kami diarahkan untuk menghubungi cawangan Melaka. Pihak Maybank Melaka kata ia adalah cek daripada Kerajaan Negeri Melaka. Pihak bank juga telah menjelaskan tidak ada masalah dan tiada kesilapan pada cek yang dikeluarkan.

Setelah beberapa transaksi agaknya dalam RM180 ribu, akaun kami telah dibekukan. Rasa tidak sedap hati kami telah membuat laporan polis. Kawan saya ada dihubungi pihak bank tetapi tidak diberikan penjelasan yang khusus kenapa akaun kami dibekukan. Setelah agak enam bulan, kami menerima saman daripada pihak Maybank untuk memulangkan semua duit yang telah dimasukkan kerana cek tersebut dikenalpasti sebagai cek-cek klon. Banyak tuntutan itu, tetapi setelah ditolak duit yang telah diundurkan, masing-masing kena bayar dalam RM35 ribu. Wah...tak pasal-pasal kita kena bayar, padahal satu senpun kita tak makan duit tu...punyalah jujur masa transaksi!.

Selepas beberapa bulan kami dipanggil Polis Bukit Aman untuk disoal siasat. Rupanya ramai yang kena tipu. Akaun yang diberi kononya kontraktor itu adalah Pengurup Wang dan kilang kek yang juga ditipu, saya agak dalam 12 orang yang kena.

Kelam-kabut kita cari peguambela, tak ada yang sanggup kerana mereka takut nanti tak dapat jadi panel Maybank. Mana yang ada bolehlah, pindah lawyer sampai 3 kali, duit lawyer saja dah lebih RM7ribu, itupun ada lagi yang belum dibilkan lebih 10 ribu...aduh siksanya aku, nak bayar kereta, rumah, yuran anak...macam-macam lagi...

Akhirnya keputusan mahkamah, kita tetap kena bayar tuntutan Maybank. Aku sendiripun pusing....minta tolong sapa-sapa tahu undang-undang jelaskan sebab bila akau tanya lawyer alasan penghakiman lawyer kata kena buat rayuan baru boleh dapat ulasannya...cam tu ke...

Sekarang ni pengarah kedai tu pun tuntut aku sebagai pihak ketiga kerana katanya wang itu diserahkan kepada aku selaku pengurus kedai tu..betul ke...bukan dia yang bagi green light dulu.... kalau dia kata jangan aku tak leh buat apa. Lawyer aku pun nasihat aku panggil pihak ketiga untuk disaman. Lebih kurang aku telepon pemegang akaun yang aku bank in kononnya subkontraktor. Aku kenal dia masa kena panggil kat polis Bukit Aman. Katanya dia pun kena tipu takkanlah kita masing-masing nak saman menyaman... Sebaiknya kumpul duit kita saman Maybank atas kecuaian mereka. Macam mana boleh cek dikeluarkan, siapa yang tahu pasal akaun dan nombor siri cek kalau tak puak-puak dia, atau empunya cek. Ini kerja sapa sebenarnya....Polis belum jumpa...

Tolong bagi komen sikit kekawan...kalau boleh lawyer-lawyer. Ke sebab kita ikut Common Law British??? Orang lain punya silap orang lain terima akibat....Nanti pemegang akaun Maybank lain pun boleh kena dan menderita macam aku...Apapun aku redha takdir Ilahi..Aku berdoa orang yang menzalimi aku dibalasi di dunia ini. Sampai hari ni aku tak leh bukak akaun Maybank...dah kena freeze, terpaksa pinjam akaun isteri...Tak pe aku dalam proses bukak dengan CIMB...but I miss maybank2U..best...Semoga CIMB leading.....

Menjana Ekonomi Melalui Teras 5

Saya merasakan Teras 5 dibawah amat penting dalam menjanakan ekonomi negara. Namun begitu terdapat beberapa kekurangan yang perlu kita berikan perhatian.

1) Perbelanjaan Kerajaan (Government Spending)

RM9 yang dirancangkan kerajaan akan melahirkan banyak peluang-peluang perkerjaan kepada penduduk tempat. Sekiranya banyak projek yang dijalankan banyak menggunakan teknologi dan kemahiran asing kita akan mendapati negara asing yang lebih mendapat keuntungan. Usaha kerajaan untuk mengagihkan projek agar banyak syarikat yang mendapat manfaat membolehkan jurang ekonomi kaya dan miskin dikurangkan.
Projek-projek mega yang dijalankan perlulah banyak memberi manfaat kepada pelbagai golongan pelbagai peringkat dan tidak dibolot oleh golongan yang tertentu sahaja. Pembolotan harta akan meningkatkan jurang ekonomi miskin dan kaya sepertimana berlaku di kalangan banyak negara mundur dan kurang berlaku di negara maju.
Kestabilan pentadbiran kerajaan di samping pemerintahan yang telus dan sistem kehakiman yang berintegriti akan menggalakkan lagi kemasukan pelaburan asing apabila mereka merasa palaburan mereka selamat. Pemerintahan yang korup bukan sahaja menjauhkan pelabur bahkan menambahkan kebencian rakyat.

2) Keusahawanan (Enterprenuership)

Kementerian pembangunan usahawan telah banyak membuat inisiatif untuk melahirkan ushawan-ushawan baru terutama dari kalangan bumiputera. Usaha-usaha tersebut boleh dikatakan berjaya namun terdapat juga pelbagai halangan didalam perlaksaan tersebut termasuk usahawan yang terdedah dengan pelbagai risiko bankrupsi. Mungkin perlu diwujudkan dana untuk menolong usahawan-usahawan yang tersepit disamping memberikan galakan agar mereka terus berusaha.Tidak hairanlah Islam telah menghalalkan sebahagian daripada kutipan zakat untuk golongan yang berhutang kerana niat yang baik. Ini membolehkan pihak yang menerima dana ini keluar dari garis kemiskinan disamping melegakan pihak yang memberi hutang untuk terus melabur dalam perniagaan seterusnya.
Akta-akta bankrupsi yang rigid telah banyak disisihkan di negara maju untuk membantu usahawan yang baru diperingkat permulaan. Galakan demi galakan terus diberikan sehingga perniagaan mereka berjaya ke menara gading.
Disamping itu mereka yang berjaya pula perlu memberikan sumbangan kepada golongan yang berada dalam kekusutan kemiskinan supaya mereka boleh keluar daripada kekusutan tersebut. Islam mewajibkan simpanan tunai dan stok yang dipunyai dengan sempurna dikeluarkan zakat pada kadar 2.5% untuk membantu golongan yang memerlukan. Amat baik sekiranya para usahawan secara ikhlas mengeluarkan zakat tersebut apabila cukup haul semasa menutup akaun sekiranya harta semasa (current asset) melebihi nisab.

3) Pelaburan (Foreign and Local Investment)

Pelaburan daripada dalaman dan luaran amat penting dalam penjanaan ekonomi. Duit simpanan daripada pelbagai dana perdana boleh merancakkan aktiviti ekonomi dalaman. Jika kita melihat negara maju mereka menggunakan pelbagai dana termasuk dana simapanan hari tua, tidak dibiarkan beku untuk membolehkan pengusaha tempatan meneroka pelbagai bidang-bidang yang menarik. Tidak hairanlah banyak ajaran islam menggalakkan umatnya berbelanja dijalan yang diredhai Allah disamping itu mengenakan zakat pada kadar tidak membebankan iaitu 2.5% keatas harta yang beku melebihi satu tahun yang cukup nisab dan haul.
Pelaburan asing akan menambahkan lagi kerancakan ekonomi tetapi kita perlu berhati-hati keatas spekulator yang mengharapkan keuntungan dalam masa yang singkat. Kemasukan pelabur yang benar-benar berminat dengan perniagaan jangkamasa panjang akan membawa dana asing seterusnya meningkatkan pusingan tunai didalam negara disamping meningkat nilai matawang negara.

4) Buruh (Ordinary Labor)

Kita mempunyai cukup tenaga buruh untuk membolehkan kita menjadi antara negara yang mempunyai tenaga buruh yang kompetitif. Yang menjadi permasalahan adalah tenaga buruh tempatan berkeberatan untuk melibatkan diri dengan kerja-kerja yang bertaraf sosio-ekonomi yang rendah. Tidak perlu mereka dipersalahkan, ini adalah sifat lumrah dan akan menjadikan tenaga buruh asing menjadi suatu keperluan. Levi yang tinggi dikenakan terhadap buruh asing dan prosedur yang birokratik membuatkan tenaga buruh dalam negara kita tidak lagi kompetitif. Tidak hairan jika ini menjadi suatu faktor untuk pelabur-pelabur meninggalkan negara kita untuk melabur dinegara lain yang lebih praktikal dari segi kos.
Tidak dinafikan tenaga buruh tempatan mampu membuat kerja yang sama jika mereka berada diperantauan. Apakah ini akan menjadi suatu peluang untuk kita mengekspot buruh kita ke negara-negara maju?.

5) Alam Semulajadi (Natural Resources)

Malaysia mempunyai banyak kelebihan dengan sumber alam semulajadi. Kita yang mempunyai tanah yang luas yang belum diterokai. Jika kita mencontohi negara maju seperti Korea kita dapati mereka mengeksploit kekayaan semulajadi dengan begitu optima contohnya tanah-tanah berlebihan ditepi-tepi jalan di kota raya turut ditanam dengan pelbagai jenis tanaman untuk industri makanan. Sekiranya tanah-tanah kosong di Malaysia diusahakan dengan pelbagai tanaman, ini cukup untuk membekalkan makanan untuk keperluan dalaman negara disamping untuk ekspot. Kita tidak perlu lagi mengimpot makanan daripada negara jiran. Langkah kerajaan untuk mempertingkatkan taraf dan persepsi masyarakat terhadap industri tani dengan melahirkan jutawan-jutawan tani adalah satu langkah yang sangat bijak.
Kita belum lagi membincangkan hasil-hasil bumi yang lain yang sedang diterokai ataupun yang belum diterokai. Hasil petrolium adalah antara hasil yang utama menyelamatkan kita daripada kekalutan ekonomi di sepanjang masa. Alangkah baiknya jika sebahagian daripada hasil petrolium dan hasil bumi yang lain seperti mana dianjurkan dalam Islam, dikeluarkan zakat pada kadar 25% daripada hasil mentah digunakan untuk merungkai simpulan kemiskinan demi merancakkan lagi pusingan ekonomi. Kadang-kadang bukan golongan miskin tidak mahu berusaha tetapi kekurangan modal menyebabkan mereka terus berada dalam kekusutan kemiskinan.

Wednesday, September 5, 2007

Malaysia Kearah Negara Maju Menjelang 2050

Mampukah Malaysia mencapai cita-cita menjadi sebuah negara maju menjelang 2020? Tinggal 12 tahun lagi. Apa pendapat anda.