Thursday, September 6, 2007

Menjana Ekonomi Melalui Teras 5

Saya merasakan Teras 5 dibawah amat penting dalam menjanakan ekonomi negara. Namun begitu terdapat beberapa kekurangan yang perlu kita berikan perhatian.

1) Perbelanjaan Kerajaan (Government Spending)

RM9 yang dirancangkan kerajaan akan melahirkan banyak peluang-peluang perkerjaan kepada penduduk tempat. Sekiranya banyak projek yang dijalankan banyak menggunakan teknologi dan kemahiran asing kita akan mendapati negara asing yang lebih mendapat keuntungan. Usaha kerajaan untuk mengagihkan projek agar banyak syarikat yang mendapat manfaat membolehkan jurang ekonomi kaya dan miskin dikurangkan.
Projek-projek mega yang dijalankan perlulah banyak memberi manfaat kepada pelbagai golongan pelbagai peringkat dan tidak dibolot oleh golongan yang tertentu sahaja. Pembolotan harta akan meningkatkan jurang ekonomi miskin dan kaya sepertimana berlaku di kalangan banyak negara mundur dan kurang berlaku di negara maju.
Kestabilan pentadbiran kerajaan di samping pemerintahan yang telus dan sistem kehakiman yang berintegriti akan menggalakkan lagi kemasukan pelaburan asing apabila mereka merasa palaburan mereka selamat. Pemerintahan yang korup bukan sahaja menjauhkan pelabur bahkan menambahkan kebencian rakyat.

2) Keusahawanan (Enterprenuership)

Kementerian pembangunan usahawan telah banyak membuat inisiatif untuk melahirkan ushawan-ushawan baru terutama dari kalangan bumiputera. Usaha-usaha tersebut boleh dikatakan berjaya namun terdapat juga pelbagai halangan didalam perlaksaan tersebut termasuk usahawan yang terdedah dengan pelbagai risiko bankrupsi. Mungkin perlu diwujudkan dana untuk menolong usahawan-usahawan yang tersepit disamping memberikan galakan agar mereka terus berusaha.Tidak hairanlah Islam telah menghalalkan sebahagian daripada kutipan zakat untuk golongan yang berhutang kerana niat yang baik. Ini membolehkan pihak yang menerima dana ini keluar dari garis kemiskinan disamping melegakan pihak yang memberi hutang untuk terus melabur dalam perniagaan seterusnya.
Akta-akta bankrupsi yang rigid telah banyak disisihkan di negara maju untuk membantu usahawan yang baru diperingkat permulaan. Galakan demi galakan terus diberikan sehingga perniagaan mereka berjaya ke menara gading.
Disamping itu mereka yang berjaya pula perlu memberikan sumbangan kepada golongan yang berada dalam kekusutan kemiskinan supaya mereka boleh keluar daripada kekusutan tersebut. Islam mewajibkan simpanan tunai dan stok yang dipunyai dengan sempurna dikeluarkan zakat pada kadar 2.5% untuk membantu golongan yang memerlukan. Amat baik sekiranya para usahawan secara ikhlas mengeluarkan zakat tersebut apabila cukup haul semasa menutup akaun sekiranya harta semasa (current asset) melebihi nisab.

3) Pelaburan (Foreign and Local Investment)

Pelaburan daripada dalaman dan luaran amat penting dalam penjanaan ekonomi. Duit simpanan daripada pelbagai dana perdana boleh merancakkan aktiviti ekonomi dalaman. Jika kita melihat negara maju mereka menggunakan pelbagai dana termasuk dana simapanan hari tua, tidak dibiarkan beku untuk membolehkan pengusaha tempatan meneroka pelbagai bidang-bidang yang menarik. Tidak hairanlah banyak ajaran islam menggalakkan umatnya berbelanja dijalan yang diredhai Allah disamping itu mengenakan zakat pada kadar tidak membebankan iaitu 2.5% keatas harta yang beku melebihi satu tahun yang cukup nisab dan haul.
Pelaburan asing akan menambahkan lagi kerancakan ekonomi tetapi kita perlu berhati-hati keatas spekulator yang mengharapkan keuntungan dalam masa yang singkat. Kemasukan pelabur yang benar-benar berminat dengan perniagaan jangkamasa panjang akan membawa dana asing seterusnya meningkatkan pusingan tunai didalam negara disamping meningkat nilai matawang negara.

4) Buruh (Ordinary Labor)

Kita mempunyai cukup tenaga buruh untuk membolehkan kita menjadi antara negara yang mempunyai tenaga buruh yang kompetitif. Yang menjadi permasalahan adalah tenaga buruh tempatan berkeberatan untuk melibatkan diri dengan kerja-kerja yang bertaraf sosio-ekonomi yang rendah. Tidak perlu mereka dipersalahkan, ini adalah sifat lumrah dan akan menjadikan tenaga buruh asing menjadi suatu keperluan. Levi yang tinggi dikenakan terhadap buruh asing dan prosedur yang birokratik membuatkan tenaga buruh dalam negara kita tidak lagi kompetitif. Tidak hairan jika ini menjadi suatu faktor untuk pelabur-pelabur meninggalkan negara kita untuk melabur dinegara lain yang lebih praktikal dari segi kos.
Tidak dinafikan tenaga buruh tempatan mampu membuat kerja yang sama jika mereka berada diperantauan. Apakah ini akan menjadi suatu peluang untuk kita mengekspot buruh kita ke negara-negara maju?.

5) Alam Semulajadi (Natural Resources)

Malaysia mempunyai banyak kelebihan dengan sumber alam semulajadi. Kita yang mempunyai tanah yang luas yang belum diterokai. Jika kita mencontohi negara maju seperti Korea kita dapati mereka mengeksploit kekayaan semulajadi dengan begitu optima contohnya tanah-tanah berlebihan ditepi-tepi jalan di kota raya turut ditanam dengan pelbagai jenis tanaman untuk industri makanan. Sekiranya tanah-tanah kosong di Malaysia diusahakan dengan pelbagai tanaman, ini cukup untuk membekalkan makanan untuk keperluan dalaman negara disamping untuk ekspot. Kita tidak perlu lagi mengimpot makanan daripada negara jiran. Langkah kerajaan untuk mempertingkatkan taraf dan persepsi masyarakat terhadap industri tani dengan melahirkan jutawan-jutawan tani adalah satu langkah yang sangat bijak.
Kita belum lagi membincangkan hasil-hasil bumi yang lain yang sedang diterokai ataupun yang belum diterokai. Hasil petrolium adalah antara hasil yang utama menyelamatkan kita daripada kekalutan ekonomi di sepanjang masa. Alangkah baiknya jika sebahagian daripada hasil petrolium dan hasil bumi yang lain seperti mana dianjurkan dalam Islam, dikeluarkan zakat pada kadar 25% daripada hasil mentah digunakan untuk merungkai simpulan kemiskinan demi merancakkan lagi pusingan ekonomi. Kadang-kadang bukan golongan miskin tidak mahu berusaha tetapi kekurangan modal menyebabkan mereka terus berada dalam kekusutan kemiskinan.

No comments: