Thursday, September 6, 2007

Kisah Aku Dibaham Harimau

Ini adalah kisah benar yang menimpa diriku. Harimau yang aku maksudkan itu bukan harimau betul tapi sebuah bank yang berlogokan kepala harimau.
Begini, kira-kira bulan April 2003 ketika aku bertugas di sebuah syarikat Komputer milik kawanku, seorang pelanggan yang menggelarkan dirinya En Aziz telah menghubungi Eksekutif Jualan kami untuk membuat tempahan CD yang banyak 900,000 unit. Katanya dia mendapat nombor melalui iklan kami dimuka depan Harakah. Dengar macam tak logik, aku was-was juga sebab memang banyak businessman yang bercakap besar sebegitu tapi biasanya tak jadi. Dari segi modal tak jadi masalah sebab En Aziz boleh mendahulukan wang.
Kerani aku minta nombor akuan Maybank untuk urusan untuk mempercepatkan tunai cek ke dalam akaun kami. Oleh kerana untuk buka akaun Maybank makan masa begitu juga pengeluarannya, pihak pengarah syarikat telah membenarkan kami menggunakan akaun persendirian dan akan terus di pindahkan kedalam syarikat. 3 akaun telah digunakan termasuk akaun pengarah dan isterinya. Memang betul, ada wang yang dimasukkan tetapi float, aku masih was-was, tunggu clear....kata kami, benar selepas beberapa hari wang tersebut telah ditunaikan ke dalam akaun kami, masing-masing dalam RM20 ribu jadi semuanya dalam RM60 ribu.
Wah...hebat business ini, kami semua tergamam, belum pernah ada pelanggan sebaik ini. En Aziz memang berperwatakan alim dalam bercakap dan katanya beliau dari sebuah parti politik. Lantas cepat-cepat barang yang diminta kami tempahkan. Terdapat duit baki untuk diserahkan kepada subkontraktor yang akan menguruskan urusan CD burning dan CD printing. Di memberikan nombor akaun untuk dimasukkan kepada kontraktor tersebut. Jadi bahagian pesanan untuk kami adalah sedikit kerana untuk membekalkan sarung CD sahaja.
Setelah bertimbun barang dipesan dikedai kami, En Aziz tidak muncul untuk mengambil barangan tersebut. Untuk mengetahui siapa yang membuat tempahan tersebut, saya telah menghubungi pihak Maybank dan kami diarahkan untuk menghubungi cawangan Melaka. Pihak Maybank Melaka kata ia adalah cek daripada Kerajaan Negeri Melaka. Pihak bank juga telah menjelaskan tidak ada masalah dan tiada kesilapan pada cek yang dikeluarkan.

Setelah beberapa transaksi agaknya dalam RM180 ribu, akaun kami telah dibekukan. Rasa tidak sedap hati kami telah membuat laporan polis. Kawan saya ada dihubungi pihak bank tetapi tidak diberikan penjelasan yang khusus kenapa akaun kami dibekukan. Setelah agak enam bulan, kami menerima saman daripada pihak Maybank untuk memulangkan semua duit yang telah dimasukkan kerana cek tersebut dikenalpasti sebagai cek-cek klon. Banyak tuntutan itu, tetapi setelah ditolak duit yang telah diundurkan, masing-masing kena bayar dalam RM35 ribu. Wah...tak pasal-pasal kita kena bayar, padahal satu senpun kita tak makan duit tu...punyalah jujur masa transaksi!.

Selepas beberapa bulan kami dipanggil Polis Bukit Aman untuk disoal siasat. Rupanya ramai yang kena tipu. Akaun yang diberi kononya kontraktor itu adalah Pengurup Wang dan kilang kek yang juga ditipu, saya agak dalam 12 orang yang kena.

Kelam-kabut kita cari peguambela, tak ada yang sanggup kerana mereka takut nanti tak dapat jadi panel Maybank. Mana yang ada bolehlah, pindah lawyer sampai 3 kali, duit lawyer saja dah lebih RM7ribu, itupun ada lagi yang belum dibilkan lebih 10 ribu...aduh siksanya aku, nak bayar kereta, rumah, yuran anak...macam-macam lagi...

Akhirnya keputusan mahkamah, kita tetap kena bayar tuntutan Maybank. Aku sendiripun pusing....minta tolong sapa-sapa tahu undang-undang jelaskan sebab bila akau tanya lawyer alasan penghakiman lawyer kata kena buat rayuan baru boleh dapat ulasannya...cam tu ke...

Sekarang ni pengarah kedai tu pun tuntut aku sebagai pihak ketiga kerana katanya wang itu diserahkan kepada aku selaku pengurus kedai tu..betul ke...bukan dia yang bagi green light dulu.... kalau dia kata jangan aku tak leh buat apa. Lawyer aku pun nasihat aku panggil pihak ketiga untuk disaman. Lebih kurang aku telepon pemegang akaun yang aku bank in kononnya subkontraktor. Aku kenal dia masa kena panggil kat polis Bukit Aman. Katanya dia pun kena tipu takkanlah kita masing-masing nak saman menyaman... Sebaiknya kumpul duit kita saman Maybank atas kecuaian mereka. Macam mana boleh cek dikeluarkan, siapa yang tahu pasal akaun dan nombor siri cek kalau tak puak-puak dia, atau empunya cek. Ini kerja sapa sebenarnya....Polis belum jumpa...

Tolong bagi komen sikit kekawan...kalau boleh lawyer-lawyer. Ke sebab kita ikut Common Law British??? Orang lain punya silap orang lain terima akibat....Nanti pemegang akaun Maybank lain pun boleh kena dan menderita macam aku...Apapun aku redha takdir Ilahi..Aku berdoa orang yang menzalimi aku dibalasi di dunia ini. Sampai hari ni aku tak leh bukak akaun Maybank...dah kena freeze, terpaksa pinjam akaun isteri...Tak pe aku dalam proses bukak dengan CIMB...but I miss maybank2U..best...Semoga CIMB leading.....

3 comments:

Anonymous said...

Saya pergi ke ATM corner di Carrefour Klang. Saya dapati ramai orang beratur di CIMB tetapi tiada orang beratur di ATM Maybank. Apakah ini petanda Maybank menjadi kurang popular sekarang berbanding CIMB?

Anonymous said...

Beberapa perkara yang menyebabkan CIMBclicks gagal menyaingi kecekapan Maybank2u:
1) Sistem internet banking cimbclicks yang amat slow.
2) Sistem login dan password security CIMBclicks yang pelik syarat-syaratnya menyebabkan password sukar diingati.
3) Sistem penghantaran TAC yang lembab.
Lain rasanya CIMB lagi best, boleh letak comment kat transaction, skrin yang simple, ada Western Union.

Anonymous said...

Maybank sekarang dilanda suatu krisis yang besar hari ini. Bagaimana impaknya terhadap bank tersebut belum diketahui. Itulah akibat menzalimi pengguna seperti saya. Sampai sekarang nama saya di blicklist daripada membuka akaun di Maybank akibat daripada penipuan dan kerja jahat entah orang dalam Maybank sendiri. Tak pe aku membebel sendiri, Allah maha mendengar.